Posts

Showing posts from January, 2018

Pok Ya Cong Codei jadi buah mulut di luar negara

Image
Pok Ya Cong Codei jadi buah mulut di luar negara KUALA LUMPUR: Biarpun pada mulanya enggan mempopularkan watak Pok Ya ciptaannya, pengarah dan pelakon, Sabri Yunus tidak menyangka telefilem Pok Ya Cong Codei mendapat sambutan hangat selepas kali pertama ditayangkan, pada 20 Januari lalu. Sabri memberitahu, jadual hariannya padat dengan promosi telefilem itu yang disiarkan di sebuah stesen televisyen. Lebih membanggakan, telefilem itu mula menjadi buah mulut penonton di luar negara.

Pok Ya Cong Codei layak dapat Datuk

Image
Pok Ya Cong Codei layak dapat Datuk   Sejak ditayangkan di TV minggu lalu, ramai benar orang bercakap mengenai watak yang baru kali pertama dimunculkan itu - Pok Ya Cong Codei. Tidak ketinggalan, orang ramai bercakap mengenai pelakon yang membawa watak Pok Ya berkenaan, iaitu Sabri Yunus. Disebabkan lakonan Sabri yang memberi kesan itu, salah seorang pensyarah ilmu hadis terkenal Dr Rozaimi Ramle mencadangkan pelakon dari Kelantan itu diberi pingat atau gelaran yang sewajarnya. Kata Rozaimi telefilem dan lakonan yang dipamerkan Sabri dalam cerita itu dianggap cemerlang.