Bicara Suka Filem : Pok Ya Cong Codei Orang Gedebe Yang Berpegang Dengan Tali Tuhan.

Bicara Suka Filem : Pok Ya Cong Codei Orang Gedebe Yang Berpegang Dengan Tali Tuhan.



Telefilem karya Sabri Yunus ini kini viral diseluruh negara, terutamanya kepada peminat - peminat dunia seni tanah air. Ramai yang menyifatkan ia dekat dengan kisah kehidupan didalam masyarakat yang jarang diangkat didalam sesebuah telefilem atau drama.



Sememangnya ia tidak dinafikan. Ramai juga yang berpendapat bahawa, ia viral kerana tema telefilem ini jauh berbeza dengan kebanyakan telefilem atau drama yang sedia ada. Penonton makin muak dengan kisah cinta leleh yang sering dihidangkan kepada penonton.

Malah, ada juga yang berpandangan bahawa kualiti lakonan para pelakon. Terutamanya, otai Sabri Yunus menyebabkan telefilem ini sampai kepada jiwa penonton. Sememangnya, ia tidak dapat dinafikan.

Tetapi... Admin bukan mahu bicara soal itu. Admin lebih berminat akan mesej Ketuhanan yang ingin disampaikan oleh Sutradara. Telefilem ini mengenai seorang lelaki berumur yang "Gedebe". Namun dia seorang yang kuat berpegang dengan tali Tuhan.

Ini boleh dilihat ketika babak antara Pok Ya dengan kawannya dari Siam, yang telah mengkhianatinya. "Kalu betullah malea ni... Tuhan bui tugas ko mung untuk ambik nyawo aku malea ni... Aku redho... Tapi kalu Tuhan tok izin... Sebutir pluru pun tok akea hinggak ditubuh aku malea nih." Kata - kata Pok Ya ini menggambarkan dia seorang yang sangat berpegang kepada tali Tuhan.

Secara tidak langsung, dia mengajak penonton supaya sentiasa berpegang kepada tali Tuhan. Yakni yakin bahawa semua yang berlaku didalam hidup ini, samada baik atau buruk  semuanya didalam kekuasaan Tuhan.

Dalam masa yang sama, dia mengajak penonton supaya yakin bahawa Tuhan sentiasa melindungi hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Apatah lagi jika sesebuah kebaikan itu dilakukan untuk membantu dan membela orang lain.

Sutradara juga ingin sampaikan bahawa, sesiapa yang benar-benar berpegang dengan tali Tuhan. Dia akan dilindungi, diberi kelebihan dan dihormati oleh orang lain didalam hidupnya. Sungguh besar sekali mesej yang ingin disampaikan oleh Pok Ya Cong Codei ini...!!!

#BicaraSuFi
#KakiWayangBukanAnakWayang

Syakireen Akhlakkeen
Usahawan Kembara Yang Menulis

Sumber : suka filem

Comments

Popular posts from this blog

Pok Ya Cong Codei jadi buah mulut di luar negara

Pok Ya Cong Codei jadi drama bersiri